mendalami hakikat
saya berasa agak selesa menulis di dalam bahasa melayu pada ketika ini.
sungguh asyik sekali, lebih lebih lagi, kalian pembaca memberi komentar di dalam bahasa melayu juga, bahasa rasmi kita, bahasa ibunda kelompok dan rumpun melayu.
tetapi, sementelaah saya menulis di dalam bahasa melayu, bahasa pertuturan saya yang kedua, bahasa inggeris, juga diberi perhatian. buktinya ialah, coretan coretan kosmik dilakukan di dalam buku catatan peribadi saya, kembali kepada konsep menulis yang asal, bertemankan pen dan kertas. kalam dan papirus.
sebelum ini, saya ada menceritakan tentang beberapa keputusan yang di ambil, keputusan yang diambil sebagai jalan penyelesaian buat sementara waktu. sementara waktu, kerana sebagai manusia, kita tidak lari daripada sering mengubah fikiran. mungkin kerana masa yang senantiasa berubah, jarum jam yang berputar dan hanya akan terhenti jikalau bateri sudah habis tempoh hayatnya, dan air yang sentiasa berkocak dan mengalir.
di kala ini, saya mendalami hakikat setiap keputusan yang saya ambil.
perasaan rindu yang semakin meraja apabila keputusan untuk melupakan si dia di ambil.
perasaan bersalah yang menyelubungi apabila keputusan untuk berhenti menjadi budak baik di ambil.
perasaan hormat yang dipatuhi apabila keputusan untuk menjauhkan diri dari masalah keluarga dipertimbangkan.
perjalanan hidup saya berjalan dengan kurang stabil, cuba berlari selaju mungkin mengejar perubahan perubahan drastik, namun masih memerlukan ruang untuk berfikir dengan matang.
saya bukanlah seorang yang agresif di dalam membuat sesuatu tindakan.
saya terkenal dengan melarikan diri daripada masalah yang dihadapi, walaupun acapkali memberikan nasihat dan kata petunjuk kepada rakan rakan, saya gagal meyakinkan diri sendiri.
barangkali kerana rasa gah dengan diri sendiri. dengan kebijakan otak kurniaan Illahi ini. dengan kepantasan mulut dan minda mengolah sebab, alasan, untuk menyelematkan diri di dalam setiap situasi diberi.
mungkin ini hanyalah satu fasa dalam peningkatan usia.
mungkin.
badan masih terasa penat meskipun rehat ala kadar dapat diambil dengan sewajarnya. mungkin selepas ini saya akan ke surau melabuhkan kepala yang seringkali pusing tanpa sebab musabab.
mungkin.
saya harap hujung minggu anda menyeronokkan.
malam ini saya dijemput ke Majlis Makan Malam Kosmo! mencecah 100,000 unit jualan (jikalau salah tolong betulkan) di Le MERIDIEN KL. Akan menempuh jalan yang sungguh disumpah durjana oleh kuasa yang kurang pasti mana datangnya.
Ya, saya membuat kesimpulan, atau teori, bahawa jalanraya di Malaysia disumpah. Adakah sumpahan Tan Cheng Lock? Sumpahan kepada setiap bekas lombong bijih timah yang suatu ketika dahulu mengelilingi Kuala Lumpur?
Iyalah, jikalau tidak disumpah, mana mungkin sepanjang 3.2km di Jalan Kuching, di lorong laluan kereta laju belah paling kanan sekali, boleh terhenti henti. Bayangkan, 3.2km panjang jalan yang dipenuhi kereta terhenti selama seminit. Tanpa lampu isyarat atau simpang di sebelah kanan. Boleh jadi jalanraya ini semua disumpah.
mungkin.
saya ingat juga mahu bersukaria sehingga hening pagi, tetapi rakan saya tidak percuma. maka, saya barangkali akan langsung pulang ke rumah selepas acara makan malam tersebut. sememangnya apabila mendapat untuk undangan makan bebas, selepas kenyang kita harus meninggalkan tempat kejadian.
baiklah pembaca kalian. sehingga ketemu di masa akan datang. yelah, takkan ketemu di masa lampau pula. ini bukan rancangan quantum leap, atau bill and ted's excellent adventure (saya gilakan keanu reeves!!!), atau back to the future, atau austin powers.
waduh waduh, pengaruh media barat!

Labels: bicara sang penglipulara

6 Comments:
At 4:44 PM, April 13, 2007 ,
quraibah said...
aduh ab...bahasa melayu kamu buat saya tertawa ria!
ya, ia juga membuatkan saya terfikir sejenak akan kebarangkalian bahawa jalan kuching yang selalu sibuk itu telah disumpah.
namun, persoalannya..akan mungkinkah sumpahan itu akan berakhir suatu hari nanti?
rakanku abby, marilah kita mengopi di oldtown kopitiam. saya di akhir-akhir ini selalu saja ada di kawasan sekitaran. jadi, apa tunggu lagi...dail no telpon yang tertera di handphone anda dan ajaklah saya mengopi!
At 7:58 PM, April 14, 2007 ,
*cosmic freak* said...
baiklah cik quraibah ... akan saya hubungi anda sementelaah saya berada di kawasan liputan ...
mungkin isnin ni ... mungkin.
At 9:50 AM, April 16, 2007 ,
Girl Interrupted said...
Saya akui perasaan rindu yang semakin menjadi Raja tu adalah sesuatu yang amat menyakitkan...
At 10:15 PM, April 16, 2007 ,
Zetty said...
"saya ingat juga mahu bersukaria sehingga hening pagi, tetapi rakan saya tidak percuma."
bukan percuma, tetapi tiada kelapangan.
At 9:08 AM, April 17, 2007 ,
*cosmic freak* said...
saya masih berpegang kepada "percuma" .. hahahahahaha ..... itu adalah bahasa rasmi saya dan rakan saya.
At 3:55 PM, April 19, 2007 ,
Tenno Miyake said...
heh. saya baru saje ke pj oldtown. bestlah ke situ.
jika kawan anda tidak percuma, berapakah harganya? :p
Post a Comment
<< Home