The Cosmic Wise and Crappy Words

Wednesday, April 18, 2007

Raja Rindu

sementelaah memikirkan tajuk warkah saya pada pagi yang hening ini, lagu penyanyi barat, Sade, bertajuk "Your Love is King" bermain di minda. Persamaan nya mungkin hanya jatuh pada perkataan "King" dan "Raja" tetapi lagu itu sungguh sedap dan nyaman. Barangkali ramai tidak dapat membayangkan bagaimana bunyi kedengaran lagu tersebut dan pada pukul 4.44 pagi Rabu ini, saya kurang mood untuk mencarikan untuk anda, kalian pembaca. maka, sila lah mengambil inisiatif tersendiri.

anda mungkin tertanya-tanya mengapa saya sudah terjaga pada jam 4.45 pagi. adalah kerana, saya mempunyai satu acara di yayasan yang memerlukan saya datang awal dan saya nekad untuk keluar daripada rumah sebelum jam 6.30 pagi.

sejak kebelakangan ini, saya sering tiba lewat ke yayasan. saya juga tidak mengerti. lewat disini bermaksud jam 8 pagi. atau lebih daripada itu. ada pernah sekali tu, jalan yang sungguh sesak, saya bagaikan sungguh kejam, mengharapkan akan terlintas dengan 8 buah kereta yang remuk dan terbalik, supaya berbaloi kelewatan saya ke pejabat. saya keluar rumah pada jam 6.35 pagi atau 6.45pagi, masih tersangkut dengan kesesakan jalan raya yang bagai laknat disumpah. namun, yang menenangkan hati adalah putaran lagu neo soul, george michael dan juga, penyanyi tanahair kegemaran saya, Sheila Majid. Saya adalah peminat setia Sheila Majid dan saya rasa album beliau yang paling saya minati ialah emosi (1989). Ketika berusia 7 tahun lagi, saya sudah menghafal lagu lagu beliau. sungguh taksub saya ketika itu, mahu berambut pendek seperti beliau, menari seperti beliau, dan juga gelagat gelagat yang sama waktu dengan nya.

sudah lama juga saya tidak berkarya puisi ya. saya tahu, bukan susah bagi saya menulis puisi, namun, ketiadaan mood dan nafsu penulisan membuatkan saya malas. saya tidak lagi ghairah untuk berpuisi. tetapi, untuk melepaskan perasaan rindu yang meraja ini, sebelum jam 5 pagi, baiklah saya memerah minda yang kecil dan sikit penggunaannya sekurang kurang nya untuk satu puisi.


to be missing you
a blessing, not a sentence.

to be missing you
in discreet, not in vocal.

to be missing you
self admission, not in denial.

but I couldn't say I miss you
You no longer tell me you miss me
but we do
miss each other
in the sweetest way
with the purest intention

sometimes, I question myself why I miss you
I realised my heart has grown up loving you
within months, this love matures
from a flirting baby to a wholehearted love affection

why is love intensified by absence?
to tell you the truth, I don't know.

I just know that I miss you
and I hope you're missing me too
because that would mean that you love me
and my beloved baby, I seriously do love you too.



bagaimanakah puisi spontan saya? hehehe ... okaylah, saya perlu gerak cerdas dan mandi. pagi ini, mungkin saya akan mandi lama sedikit. mahu menggosok baju lagi. masih memikirkan bagaimanakan keterampilan saya kelak. hahahaha. bukan masuk televisyen pun. acara biasa sahaja pun.

kelak, saya akan letakkan beberapa gambar untuk tatapan kalian bagi acara ini, memandangkan acara ini akan menampilan blogger terkenal Jeff Ooi, maka, saya rasa, wajarlah diberikan pendedahan dan liputan yang meluas. Hahaha.

sekian, wassalam.

.

Labels:

5 Comments:

  • At 3:52 PM, April 19, 2007 , Blogger Tenno Miyake said...

    wah wah wah. bahasa melayu kamu.

    puisi spontan ini berkenaan merindui seseorang. adakah anda merindui seseorang.

    saya hanya berharap yang terbaik untuk kamu. jika ada berita yang menggembirakan, harap kamu dapat berkongsi bersama.

     
  • At 10:36 AM, April 21, 2007 , Blogger *cosmic freak* said...

    cara awak menyatakan 'berita yang menggembirakan' seolah olah saya hendak kahwin atau sudah berbadan dua gitu. hahaha.

    kedua duanya pun tidak.

    saya masih single dan berbadan satu.

    hehehehehe ... ye. ada yang saya rindui. kamu juga saya rindui ... hehehe ...

     
  • At 5:19 PM, April 23, 2007 , Anonymous joe kidd said...

    saya suka sheila majid...memang best...

     
  • At 11:52 PM, April 23, 2007 , Blogger Tenno Miyake said...

    oh yer.. kawan saya mungkin akan mengajak kamu ke majlis makan2nya di cyberjaya..

    jika anda ikut, bagusla, boleh bertemu di sana!!

     
  • At 7:39 PM, April 24, 2007 , Blogger *cosmic freak* said...

    joe kidd, sheila is the best kan!

    izham, makan makan? nak nak!!! err, betulkah dia mahu invite saya? saya kenal kah? saya ni sungguh tidak malu bila bab makan memakan ni...

     

Post a Comment

<< Home