The Cosmic Wise and Crappy Words

Wednesday, April 11, 2007

the tired person in me

sudah lama saya tidak menulis di dalam bahasa ibunda saya. kebelakangan ini, hari hari yang dilalui memenatkan. memerah keringat, minda, dan juga, hati dan perasaan.

terlalu banyak yang bermain di minda. terlalu memenatkan. kadangkala, berfikir itu sungguh memenatkan. walaupun kita, manusia, secara umumnya, hanya menggunakan tujuh peratus daripada otak kurniaan Illahi.

pelik bukan. penggunaan 7 peratus sudah memenatkan. bagaimana pula jika kita diberi peluang menggunakan 30 peratus, atau mungkin 77 peratus? mestilah kita akan mengalami "breakdown" seperti mariah carey, seorang penyanyi barat yang sementelaah dimasukkan ke hospital kerana terlalu penat bekerja, keluarnya dia dari hospital dan kembalinya dia ke dunia seni, berwajah baru, bertubuh baru, dan berdada besar.

hahahahaha. kejam sungguh saya.

rakan rakan pejabat sering memperkatakan mengenai penggunaan bahasa melayu saya yang dianggap agak "skema" ini. bukankah bagus bertutur sebegini. bukan untuk menunjukkan betapa hebatnya kita berbahasa melayu. tetapi seorang pemimpin unggul pernah berkata, jikalau kita tahu asal usul dari mana kita datang, kita akan tahu kemana arah tuju kita di masa hadapan.

iya, saya tahu, pepatah itu diulangi hanya dengan pertukaran bahasa. tetapi pepatah atau "quote" sehebat itu perlu diingati selalu. tidakkah anda setuju dengan saya?

mungkinkah kerana pekerjaan saya yang banyak melibatkan buku buku sejarah, fakta fakta sejarah dan bahasa bahasa yang berasaskan tatabahasa atau perbendeharaan kata yang teratur menjadikan saya sebegini? bukanlah saya tidak pernah membahasakan diri dengan "aku", "engkau", "gua", "lu", tetapi pada pendapat saya, pabila kita menulis, lebih elok ditulis bahasa buku.

tetapi, itu bukanlah niat atau topik yang ingin saya bicarakan di sini.

di dalam warkah saya sebelum ini, saya mengetengahkan tindakan tindakan dan keputusan yang saya capai. untuk menjadi seorang yang kurang baik.

di kala itu, seorang rakan cuba membantu, menghulurkan tangan, jika tidak tangan pun, telinga dipinjamkan tanda pendengar setia. saya akur. dia memberi kata nasihat, tetapi tahu saya akan pulang ke pangkal jalan.

di kala ini, saya tidak memerlukan sesiapa melontarkan kata kata dakwah, lebih lebih lagi mengatakan "I told you so" (kan dah cakap dah) kepada saya.

saya hanya memerlukan mereka yang percaya, saya akan bangun sendiri selepas jatuh. mungkin, mereka tunggu di sisi, memerhati keupayaan saya mengangkat tubuh yang terkulai di bahu jalan. memerhati tetapi tidak membantu. hanya akan membantu jika dipinta. tetapi, memerhati dan menunggu, supaya saya tidak keseorangan.

kepenatan yang saya lalui ini hanyalah satu fasa di dalam kehidupan.

saya masih muda, mahupun saya sebenarnya sudah meningkat tua lebih cepat daripada rakan rakan sebaya saya.

muda dengan usia, tua dengan kematangan.

berikan saya masa. mungkin yang saya perlukan, hanyalah masa.

tidak, ini bukan bebanan kerja.

ini adalah kepenatan yang saya fikirkan. secara psikologi, saya yang memenatkan diri sendiri.

dan saya sedar tentang perkara itu.

tetapi saya sedang menikmati apa yang saya putuskan minda saya untuk percaya.

bahawa saya penat.

saya hanya mahu berehat sebentar.

Labels:

6 Comments:

  • At 4:54 AM, April 12, 2007 , Blogger Tenno Miyake said...

    rasanya kalau kita boleh guna 30%, kita akan kurang penat.

    sebabnya ialah kerana kita tak perlu berfikir banyak kali. lebih banyak neuron yang digunakan utk brfikir, lebih baik decision atau penyelesaian yang diperolehi.

    tapi saya suka dengan post ini. sangat seronok membacanya.

     
  • At 9:09 AM, April 12, 2007 , Blogger Sarclover said...

    Hehehe...

    saudari,

    tidak adalah banyak sangat yang teruknya kalau kita boleh buat ala1 Mariah Carey, masuk hospital dan terus boleh mendapat dada besar. ini adalah kerana saya ingin mendapatkan dada yang lebih besar, orang kata, aset saya tidak cukup lagi untuk mendapat perhatian yang positif daripada rakan - rakan sesosial saya.

     
  • At 11:34 AM, April 12, 2007 , Blogger *cosmic freak* said...

    izham,

    penyelesaian yang diperolehi bukanlah sesuatu yang kekal, penyelesaian hanya termaktub pada masa keputusan diambil. kerana masa berubah, situasi berubah dan kita, sebagai manusia biasa juga berubah (ini adalah akibat pergolakan neuron dan proton di dalam minda saya, ni dah cecah 8 peratus dah, yeay!)

    saudari sarclover,

    jikalau begitu, saya nasihatkan supaya anda tensi selalu sehingga mengalami "breakdown" supaya boleh dimasukkan ke dalam hospitl, supaya harapan berdada besar anda tercapai. tetapi anda harus berhati hati, kerana bila dada besar tidak bersesuaian dengan empunya badan, penat bahu memikul, meskipun sedap mata memandang.

     
  • At 12:13 PM, April 12, 2007 , Anonymous Nurul said...

    Abby.. sekarang baru saya faham apa yang anda katakan tentang berbahasa "skima" tapi saya sangat kagum dengan cara penulisan anda. Seorang yang mempunyai bakat penulisan yang agak hebat...

    Saya setuju anda muda usia tapi matang dalam berfikir.. Jangan terlalu memenatkan diri dengan berfikir.. teroka hidup dengan seadanya, jangan terlalu mengharap atau menunggu sesuatu yang tak pasti...

    Anda tahu maksud saya... bergembiralah

     
  • At 12:22 PM, April 13, 2007 , Blogger *cosmic freak* said...

    nurul,

    terima kasih kerana mempuji bakat yang sebenarnya, tidak boleh saya akui lagi. tidak, saya tidak berbakat. mungkin naluri penulis hidup dengan sihatnya di dalam tubuh yang kecil ini., tetapi tidak bakat.

    menunggu sesuatu yang tidak pasti ... hurm .... mungkin akan saya tunggu. mungkin. buat masa ini, penantian terhenti dan saya ingin cuba berjalan sendiri.

    (",)

     
  • At 4:15 PM, April 19, 2007 , Blogger Tenno Miyake said...

    ye betul tu nurul, saya setuju.

    saya sangat teruja dengan, cantik mata memandang, berat bahu memikul. itu adalah sesuatu yang baru dan sekiranya anda tidak kisah, saya ingin meminjam dan menggunakan frasa itu di mana2 kelak.

    sesungguhnya, blog anda antara sumber hilai tawa saya buat masa ini.

     

Post a Comment

<< Home