berat
berat. hati ku berat.
kelam. pandangan ku kelam.
luluh. jiwa ku luluh.
pening. otak ku pening.
tiba tiba, segala-galanya terjah serentak.
di kala ini aku lupa.
hatiku tenggelam di dalam perasaan.
jiwaku digelumangi emosi yang berbeda beda.
mudah sungguh semua berkata lupakan sahaja
mudah sungguh dia hilang sekelip mata
mudah sungguh daku berprasangka
mudah sungguh pabila kita berpura pura
namun tidak mudah apabila perasaan bermaharajalela
bagaikan satu gerak tempur bergelodak di dalam dada
satu pihak mahu melupakannya
pihak yang merindui tidak sanggup berputih mata
matahari, tolong lah cepat beransur pergi.
bulan, datang lah segera ke dunia ku ini
supaya malam aku boleh beradu sepi
cuba melupakan orang yang pernah bertakhta di hati
detik. sedetik. cuba aku hitungi.
sampai bila? sampai bila? hati ini sanggup mengharungi.
kejam sungguh rindu yang menggamit hati.
ya allah, lepas kan lah aku dari cengkaman perasaan ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home