melutut di muka bumi
Pagi ini, saya berbicara dengan seorang rakan yang sudah mengikuti perkembangan dan membaca tulisan-tulisan di blog saya. Agak terharu apabila beliau bertanyakan bagaimana saya boleh menulis mengenai keindahan bulan sehinggakan dapat beliau rasai keindahan bulan melalui karya saya. Sesungguhnya kebolehan menulis secara profesional terbukti jauh lagi untuk saya gapai namun mendengar beberapa komentar sokongan dari mereka yang tidak saya kenali secara peribadi membuatkan hati ini membara dengan semangat baru.
Saya memberitahu beliau, kebanyakan tulisan saya datang secara jujur dari hati, dan jika kita dapat mengelakkan minda kita daripada tekanan formaliti dan kemahuan untuk membuat yang terbaik, tetapi hanya secara mudah menulis apa yang kita rasa, itulah hasilnya. Mungkin tidak layak untuk dijual ke mana-mana majalah cetak atau dibukukan, tetapi cukup untuk meluahkan rasa hati, difahami oleh masyarakat umum dan menyentuh hati mereka yang sememangnya melalui situasi yang sama.
Perbicaraan virtual ini mengingatkan saya kepada perbualan emel saya dengan seorang rakan dari Prague. Kami berbicara mengenai apakah yang kami ingin capai di dalam kehidupan, dan saya berkata padanya bahawa, saya ingin menjadi seorang humanitarian yang dapat membantu manusia sejagat mengikut kudrat saya. Dan setelah empat tahun menulis blog, sedikit sebanyak, saya dapat rasakan, dengan berkongsi luahan hati melalui penulisan, sedikit sebanyak saya dapat membantu mereka yang sering berfikir mereka keseorangan di dalam sesuatu situasi, walhal sebenarnya tidak. terutamanya di dalam masyarakat Malaysia, atau Melayu secara khususnya, kita jarang berkongsi perasaan atau masalah, takut diadili dan dihakimi. Malah, sebagaimana tinggi budaya Barat yang kita junjung, kita masih malu dan segan mahu mengakui kita ada menghadiri sesi kaunseling bersama ahli psikologi. Kita tidak mahu dilihat lemah untuk menghadapi masalah dan perlu mendapat bantuan.
Seorang sahabat berkata, sekiranya saya bukukan tulisan-tulisan saya, pasti beliau akan membelinya. Saya agak terharu dengan pengakuan tersebut. Saya sendiri sering digelumangi perasaan seolah saya tidak cukup bagus lagi, masih banyak yang perlu saya perbaiki sekiranya saya ingin bukukan hasil penulisan saya. Kadangkala saya rasa segan menggelar diri sebagai penulis kerana saya tahu, mutu dan kualiti tulisan saya semakin merundum. Pasti tidak menguntungkan mana-mana syarikat percetakan dan akan menjadi lauk bagi pengkritik-pengkritik buku di luar sana. Namun, berlandaskan jujur dengan perasaan hati, saya tetap mahu menulis dan menulis, berkongsi dan meluahkan apa yang bukan saya sahaja yang rasai atau alami, malah segelintir jika tidak kebanyakan mereka di luar sana.
Saya menulis di dalam Bahasa Melayu pada hari ini kerana saya pesan kepada rakan yang saya bual pagi tadi, jika tidak boleh berbahasa Inggeris, tulis sahaja di dalam Bahasa Melayu. Tidak kisah apa sahaja penggunaan bahasa yang dipilih, asalkan datangnya dari hati yang ikhlas, itu sudah mencukupi. Kita bukan ingin menjual tulisan kita atau mahu dijadikan buku teks bagi pelajar sekolah. Kita cuma mahu berkongsi. Saya sedar Bahasa Melayu saya agak rapuh dan mungkin, ini sahajalah cara untuk saya memuatkan kelucuan di dalam penulisan saya, kerana ada pernah seorang rakan berkata, membaca saya menulis Bahasa Melayu sungguh melucukan.
Baguslah. Sukar sungguh untuk menghasilkan karya yang lucu di musim hujan ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home