The Cosmic Wise and Crappy Words

Wednesday, April 15, 2009

Jangan

Jangan tulis puisi

ketika hatimu muram
ketika syak masangka menular di pelusuk tubuhmu
ketika kecewa menguasai benak fikiranmu

Jangan ...

Berkata benar ketika takut
Berkata salah ketika berani
Berkata waras ketika kalut
Berkata jujur ketika mencaci

Jangan ...

Bermadah cinta ketika keliru
Berkasih sayang ketika celaru
Bercanda mesra ketika mampu
Berseloroh manja ketika merapu

Aku suka pada mu
Kata tulus dibalas cumbu
Salah kata akibatnya cemburu
Lantas ditinggalkan bersendirian terpaku

Aku sayang pada mu
Takkan dibalas jika tidak sampai seru
Tiada guna cinta diburu
Jikalau sekadar berlandaskan nafsu

Maka aku berkata kepada diri ku
Jangan tiba cinta padaku
Biarlah diri sayang hanya pada yang satu
Yang satu itu hanyalah diri ku.

Labels: ,

Monday, July 21, 2008

ku sentuh bulan

Sudah lama kau menunggu?

aku angguk. perlahan. kepala seolah berat tak bermaya.

jarinya mengusap rambutku, perlahan turun ke daguku dan mengangkatnya, mata bertentang.

Mengapa? Kau seolah tidak seronok dengat kepulanganku.

aku mengeluh. perlahan. seolah angin yang ingin ku hembus juga tidak berupaya untuk keluar dari lubang hidungku. segalanya tidak bermaya.

Harapan. Harapan yang ku simpan. Sudah mati.

Tangannya jatuh dari pipiku. Kini kepalanya pula yang tunduk.

Aku masih di sini, menanti di bahu jalan. Menanti akan kepulanganmu, setiap saat bagai tikaman di jantungku.

Namun harapan yang kusimpan. Sudah mati.

Tapi aku di sini. Aku kembali kepada mu. Kau berjanji akan menunggu. Dan aku di sini, mengotakan janjiku untuk kembali. Kembali kepadamu.

Boleh kah kau hidupkan seseorang manusia yang sudah mati?

Air mukanya tampak bingung.

Apa yang kau katakan ini? Itu kan kerja tuhan.

Dahulu, aku berjanji menunggumu. Punggungku tidak lekang berlabuh di bahu jalan. Aku tunggu dan berharap. Apabila ku lihat kau menghampiri, kembali setelah pergi sekian lama, tiba tiba aku lupa mengapa aku menunggu. Mengapa ku duduk di bahu jalan itu tidak bergerak. Aku lupa segalanya walaupun aku tidak melupaimu walau setitik pun. Pelik. Aku lupa pada cinta dan harapan seolah olah ia mati dan hilang dibawa angin pergi.

Kau tidak cintakan aku lagi?

Aku diam.

Cinta? Aku sudah lupa perasaan cinta itu.

Dia terduduk di bahu jalan, tepat di ruangan labuhan punggungku, duduk menanti kepulangannya.

Sampai satu tika, penantian tidak lagi menjadi satu penyiksaan, tetapi tidak bererti apa apa lagi. Harapan, sesuatu yang mudah dibawa angin pergi. Cinta. Seperti air yang deras mengalir. Elok dibiar berlalu pergi. Kerana jika disimpan, dibentengkan, maka keruhlah ia.

Aku tunduk melutut dihadapannya. Tanganku mendakap pipinya yang dibasahi air mata. Bibirnya ku cium lembut.

Maafkan aku. Kali ini, aku tidak boleh menantimu lagi.

Manusia lemah sering mendambakan sesuatu yang akan pergi. Berfikiran jika ia kembali, ia akan lebih bererti. Penantian menjadikan manusia lemah membina kendiri. Setelah penat menanti, semangat baru menguasai diri. Lantas tidak lagi mahu duduk menanti, kerana satu dunia perlu ditakluki.

Labels:

Thursday, February 08, 2007

bulan yang indah

a poem I wrote which I shared with some people the night I saw the gorgeous moon. and I was right, those people were able to enjoy the moment with me. It was the night when the moon was full. (",)

February 3rd, 2007. 2122 hours.

Bulan yang indah,
Senyum padaku,
Katakan padaku,
Indahmu membawa khabar,
Bahawa
Suram itu bukan duka
Gelap itu bukan gulana
Muram itu bukan sedih
dan
tidak berharap bukan bermakna putus harapan.



Sekian terima kasih.
.

Labels:

Tuesday, January 23, 2007

she looks up, the moon smiled

she stood there standing. in the middle of the driveway. staring way up high to the dark sky. there it was. the one she's been waiting for. for so long. so long she almost forgot how amazing it is. how it used to soothe her soul. how it used to make her heart smile. she stared. not blinking. with a slight smile on her lips. but the widest smile in her heart. she felt the warmth of an embrace. but she was standing there alone.

its been days since she took into the sense of admiration for something, self adoration aside. yes, she is what they call narcissist. but who can blame her for no one have ever even try loving her. she goes back home with nothing to look forward for. aside from the bed. even the bed doesn't bring any comforting thoughts since she would then think how she really need to buy new bedsheets, new comforter and some new pillows.

there's something about the moon that astounds her. even though it appears every night. even though she has been looking at it her whole life. but every single time, the moon speaks to her differently. and the fact is, the moon remainds the same. as for she. even though she grows older. but she's the same person. yet, there's something different, every single time.

she shares her moment. with those who would appreciate it as much as she would.

but none would understand.

the relationship she has.

with the moon.

everytime they meet.

suddenly she smile.

I'm going now. This is goodbye.

I'll be there looking after you while you sleep ok.

a chuckle. and she stepped inside the house.

.

Labels: ,

Wednesday, January 17, 2007

berlari ke bulan

tunggu. jangan pergi dulu.

dia senyum.

mengertikah kau apa yang ku katakan? adakah senyum mu tanda memahami? atau sekadar senyum kosong semata mata.

dia senyum lagi. kali ini, ditambah dengan satu kerdipan mata. seolah olah tanda memahami, tanda setuju.

aku berhenti berlari. tercungap cungap menahan mengah di dada. usia bukan muda lagi. bukan selalu ku berlari sebegini.

namun, pabila ku mendongakkan kepala ku, ku lihat wajah nya tersenyum. seolah olah mahu menenangkan kepala yang sudah pusing dengan deras aliran darah naik ke otak. seolah olah mengusap dada ku yang termengah mengah.

dia senyum. kali ini, senyumnya sekadar di hujung bibir. kulihat, matanya mula bergenang.

jangan. jangan pergi dulu.

sekali lagi, senyum di hujung bibir diberikan. air matanya sudah sipi di hujung mata. kulihat dia meneguk air liur nya. seolah olah menahan sebak.

kuhulurkan tangan ku.

disambut dan digenggam erat.

dia mengangkat tanganku rapat ke bibirnya lantas mencium perlahan tanganku. setitis air mata jatuh ke atas jari jemariku.

mataku pula mula bergenang. dadaku berat menahan sebak. tidak, aku tidak mahu dia pergi.

sekali lagi, senyuman kecil di hujung bibir terlihat, tanganku diangkat ke matanya. kemudian ke pipinya. kemudian, ke bibirnya, dicium lembut.

sekarang? kau mahu pergi sekarang?

dia mengangguk. kali ini, dia tersenyum manja. seolah olah mahu memujukku, tetapi, sebenarnya, memujuk diri sendiri.

tanpa ku sedari, tanganku sudah merangkul tubuhnya. aku memeluknya erat. seerat yang boleh ku peluk. aku tidak malu menitiskan air mata ku ke bahunya. biarlah dia rasakan aliran deras air mataku di bahunya. tak payah di lihat. segera aku mengelap mataku yang basah dan menampalkan satu senyuman di bibir.

aku tunggu. aku akan tunggu. aku akan sentiasa duduk di bahu jalan, menunggu kepulangan mu.

dia mengusap rambut ku. dia mencium dahiku.

tanpa ku sedari, dia sudah jauh, semakin lama semakin jauh, lantas hilang dari sudut pandangan ku.

aku menapak ke tepi jalan. dan di bahu jalan, ku singgahkan punggungku. walaupun kotor. walaupun tidak selesa.

aku sudah berjanji akan menunggu nya.

seperti cinta mengotakan janjinya untuk menemuiku.

akan ku kotakan janji ku untuk menunggunya.

Labels: