The Cosmic Wise and Crappy Words

Wednesday, April 15, 2009

Jangan

Jangan tulis puisi

ketika hatimu muram
ketika syak masangka menular di pelusuk tubuhmu
ketika kecewa menguasai benak fikiranmu

Jangan ...

Berkata benar ketika takut
Berkata salah ketika berani
Berkata waras ketika kalut
Berkata jujur ketika mencaci

Jangan ...

Bermadah cinta ketika keliru
Berkasih sayang ketika celaru
Bercanda mesra ketika mampu
Berseloroh manja ketika merapu

Aku suka pada mu
Kata tulus dibalas cumbu
Salah kata akibatnya cemburu
Lantas ditinggalkan bersendirian terpaku

Aku sayang pada mu
Takkan dibalas jika tidak sampai seru
Tiada guna cinta diburu
Jikalau sekadar berlandaskan nafsu

Maka aku berkata kepada diri ku
Jangan tiba cinta padaku
Biarlah diri sayang hanya pada yang satu
Yang satu itu hanyalah diri ku.

Labels: ,

Tuesday, May 20, 2008

saya tanya ranting

KLickr Photowalk on 11th May 2008

saya tanya ranting. bila patah, masih kah kamu hidup?

ranting kata, walau patah, jatuh ke tanah, di pijak oleh semua, jiwa tidak akan mati.

saya tanya ranting. jika jiwa ada lubang, masih kah seseorang makhluk itu hidup?

ranting kata, walau berlubang, masih ada jiwa yang boleh dipegang, digunapakai, tidak akan mati.

saya tanya ranting. suka tak kasut hijau saya?

ranting kata, suka, tapi jangan pijak dia.

saya tanya ranting. kenapa?

ranting kata, kita sudah kawan. kenapa mahu pijak kawan?

saya kata pada ranting. ranting ada jiwa. walaupun patah terpisah dari dahan pohon. ranting beri sedikit kesedaran. yang kurang dijumpai di dalam makhluk bernama manusia, yang jiwanya penuh tidak berlubang. saya mungkin tidak akan alihkan ranting. takdirnya jatuh di situ, ujian Tuhan menunggu apa yang akan berlaku padanya di situ. tetapi saya tidak akan pijak ranting. kerana ranting adalah kawan. kawan tidak pijak kawan.

Labels:

Sunday, April 29, 2007

kenapa perasaan bersalah menggelumit diri?

tidak salah untuk berasa bersalah. tetapi tidak salah juga untuk merasakan apa yang dirasai.

saya rasa tidak adil.

kerana saya rasa tidak diperlukan.

kerana terdapat sesuatu ketika, saya amat diperlukan, dan sekelip mata, saya tidak diperlukan.

mungkin si dia merasakan tidak mahu membebankan saya.

mungkin.

tetapi, apabila kita sudah jelaskan betapa akurnya kita terhadap cinta yang ditawarkan, terhadap kasih yang akan diberi, terhadap perhatian yang tidak akan berbelah bahagi, apabila disisihkan begitu sahaja, perasaan kecewa melemaskan fikiran.

saya ingin merajuk.

hati ini sudah berkali kali berkecai ke lantai, tetapi saya kutip, cantumkan dan tidak jemu menyayangi.

adakah saya tidak diperlukan lagi?

hanya si dia yang mampu memberi jawapan.

tetapi si dia tidak nampak semua ini. baginya, ini tidak penting.

saya kecil hati.

perlukah saya memaklumkan bahawa saya merajuk, bahawa saya kecil hati?

atau seorang diri, di malam yang sepi, saya biarkan perasaan ini memakan hati.

kemudian. apabila hati kuat kembali. tunduklah tubuh mengutip serpihan hati yang berkecai. dicantumkan. dan kembali menyayangi.

when you love someone, its not fair to be mad at that person for not showing that they care, because falling in love is your own responsibility, something you should know to take account of, nothing you should burden the one you love endlessly.

.

Labels:

Wednesday, April 18, 2007

Raja Rindu

sementelaah memikirkan tajuk warkah saya pada pagi yang hening ini, lagu penyanyi barat, Sade, bertajuk "Your Love is King" bermain di minda. Persamaan nya mungkin hanya jatuh pada perkataan "King" dan "Raja" tetapi lagu itu sungguh sedap dan nyaman. Barangkali ramai tidak dapat membayangkan bagaimana bunyi kedengaran lagu tersebut dan pada pukul 4.44 pagi Rabu ini, saya kurang mood untuk mencarikan untuk anda, kalian pembaca. maka, sila lah mengambil inisiatif tersendiri.

anda mungkin tertanya-tanya mengapa saya sudah terjaga pada jam 4.45 pagi. adalah kerana, saya mempunyai satu acara di yayasan yang memerlukan saya datang awal dan saya nekad untuk keluar daripada rumah sebelum jam 6.30 pagi.

sejak kebelakangan ini, saya sering tiba lewat ke yayasan. saya juga tidak mengerti. lewat disini bermaksud jam 8 pagi. atau lebih daripada itu. ada pernah sekali tu, jalan yang sungguh sesak, saya bagaikan sungguh kejam, mengharapkan akan terlintas dengan 8 buah kereta yang remuk dan terbalik, supaya berbaloi kelewatan saya ke pejabat. saya keluar rumah pada jam 6.35 pagi atau 6.45pagi, masih tersangkut dengan kesesakan jalan raya yang bagai laknat disumpah. namun, yang menenangkan hati adalah putaran lagu neo soul, george michael dan juga, penyanyi tanahair kegemaran saya, Sheila Majid. Saya adalah peminat setia Sheila Majid dan saya rasa album beliau yang paling saya minati ialah emosi (1989). Ketika berusia 7 tahun lagi, saya sudah menghafal lagu lagu beliau. sungguh taksub saya ketika itu, mahu berambut pendek seperti beliau, menari seperti beliau, dan juga gelagat gelagat yang sama waktu dengan nya.

sudah lama juga saya tidak berkarya puisi ya. saya tahu, bukan susah bagi saya menulis puisi, namun, ketiadaan mood dan nafsu penulisan membuatkan saya malas. saya tidak lagi ghairah untuk berpuisi. tetapi, untuk melepaskan perasaan rindu yang meraja ini, sebelum jam 5 pagi, baiklah saya memerah minda yang kecil dan sikit penggunaannya sekurang kurang nya untuk satu puisi.


to be missing you
a blessing, not a sentence.

to be missing you
in discreet, not in vocal.

to be missing you
self admission, not in denial.

but I couldn't say I miss you
You no longer tell me you miss me
but we do
miss each other
in the sweetest way
with the purest intention

sometimes, I question myself why I miss you
I realised my heart has grown up loving you
within months, this love matures
from a flirting baby to a wholehearted love affection

why is love intensified by absence?
to tell you the truth, I don't know.

I just know that I miss you
and I hope you're missing me too
because that would mean that you love me
and my beloved baby, I seriously do love you too.



bagaimanakah puisi spontan saya? hehehe ... okaylah, saya perlu gerak cerdas dan mandi. pagi ini, mungkin saya akan mandi lama sedikit. mahu menggosok baju lagi. masih memikirkan bagaimanakan keterampilan saya kelak. hahahaha. bukan masuk televisyen pun. acara biasa sahaja pun.

kelak, saya akan letakkan beberapa gambar untuk tatapan kalian bagi acara ini, memandangkan acara ini akan menampilan blogger terkenal Jeff Ooi, maka, saya rasa, wajarlah diberikan pendedahan dan liputan yang meluas. Hahaha.

sekian, wassalam.

.

Labels:

Friday, April 13, 2007

mendalami hakikat

saya berasa agak selesa menulis di dalam bahasa melayu pada ketika ini.

sungguh asyik sekali, lebih lebih lagi, kalian pembaca memberi komentar di dalam bahasa melayu juga, bahasa rasmi kita, bahasa ibunda kelompok dan rumpun melayu.

tetapi, sementelaah saya menulis di dalam bahasa melayu, bahasa pertuturan saya yang kedua, bahasa inggeris, juga diberi perhatian. buktinya ialah, coretan coretan kosmik dilakukan di dalam buku catatan peribadi saya, kembali kepada konsep menulis yang asal, bertemankan pen dan kertas. kalam dan papirus.

sebelum ini, saya ada menceritakan tentang beberapa keputusan yang di ambil, keputusan yang diambil sebagai jalan penyelesaian buat sementara waktu. sementara waktu, kerana sebagai manusia, kita tidak lari daripada sering mengubah fikiran. mungkin kerana masa yang senantiasa berubah, jarum jam yang berputar dan hanya akan terhenti jikalau bateri sudah habis tempoh hayatnya, dan air yang sentiasa berkocak dan mengalir.

di kala ini, saya mendalami hakikat setiap keputusan yang saya ambil.

perasaan rindu yang semakin meraja apabila keputusan untuk melupakan si dia di ambil.

perasaan bersalah yang menyelubungi apabila keputusan untuk berhenti menjadi budak baik di ambil.

perasaan hormat yang dipatuhi apabila keputusan untuk menjauhkan diri dari masalah keluarga dipertimbangkan.

perjalanan hidup saya berjalan dengan kurang stabil, cuba berlari selaju mungkin mengejar perubahan perubahan drastik, namun masih memerlukan ruang untuk berfikir dengan matang.

saya bukanlah seorang yang agresif di dalam membuat sesuatu tindakan.

saya terkenal dengan melarikan diri daripada masalah yang dihadapi, walaupun acapkali memberikan nasihat dan kata petunjuk kepada rakan rakan, saya gagal meyakinkan diri sendiri.

barangkali kerana rasa gah dengan diri sendiri. dengan kebijakan otak kurniaan Illahi ini. dengan kepantasan mulut dan minda mengolah sebab, alasan, untuk menyelematkan diri di dalam setiap situasi diberi.

mungkin ini hanyalah satu fasa dalam peningkatan usia.

mungkin.

badan masih terasa penat meskipun rehat ala kadar dapat diambil dengan sewajarnya. mungkin selepas ini saya akan ke surau melabuhkan kepala yang seringkali pusing tanpa sebab musabab.

mungkin.

saya harap hujung minggu anda menyeronokkan.

malam ini saya dijemput ke Majlis Makan Malam Kosmo! mencecah 100,000 unit jualan (jikalau salah tolong betulkan) di Le MERIDIEN KL. Akan menempuh jalan yang sungguh disumpah durjana oleh kuasa yang kurang pasti mana datangnya.

Ya, saya membuat kesimpulan, atau teori, bahawa jalanraya di Malaysia disumpah. Adakah sumpahan Tan Cheng Lock? Sumpahan kepada setiap bekas lombong bijih timah yang suatu ketika dahulu mengelilingi Kuala Lumpur?

Iyalah, jikalau tidak disumpah, mana mungkin sepanjang 3.2km di Jalan Kuching, di lorong laluan kereta laju belah paling kanan sekali, boleh terhenti henti. Bayangkan, 3.2km panjang jalan yang dipenuhi kereta terhenti selama seminit. Tanpa lampu isyarat atau simpang di sebelah kanan. Boleh jadi jalanraya ini semua disumpah.

mungkin.

saya ingat juga mahu bersukaria sehingga hening pagi, tetapi rakan saya tidak percuma. maka, saya barangkali akan langsung pulang ke rumah selepas acara makan malam tersebut. sememangnya apabila mendapat untuk undangan makan bebas, selepas kenyang kita harus meninggalkan tempat kejadian.

baiklah pembaca kalian. sehingga ketemu di masa akan datang. yelah, takkan ketemu di masa lampau pula. ini bukan rancangan quantum leap, atau bill and ted's excellent adventure (saya gilakan keanu reeves!!!), atau back to the future, atau austin powers.

waduh waduh, pengaruh media barat!

Labels:

Wednesday, April 11, 2007

the tired person in me

sudah lama saya tidak menulis di dalam bahasa ibunda saya. kebelakangan ini, hari hari yang dilalui memenatkan. memerah keringat, minda, dan juga, hati dan perasaan.

terlalu banyak yang bermain di minda. terlalu memenatkan. kadangkala, berfikir itu sungguh memenatkan. walaupun kita, manusia, secara umumnya, hanya menggunakan tujuh peratus daripada otak kurniaan Illahi.

pelik bukan. penggunaan 7 peratus sudah memenatkan. bagaimana pula jika kita diberi peluang menggunakan 30 peratus, atau mungkin 77 peratus? mestilah kita akan mengalami "breakdown" seperti mariah carey, seorang penyanyi barat yang sementelaah dimasukkan ke hospital kerana terlalu penat bekerja, keluarnya dia dari hospital dan kembalinya dia ke dunia seni, berwajah baru, bertubuh baru, dan berdada besar.

hahahahaha. kejam sungguh saya.

rakan rakan pejabat sering memperkatakan mengenai penggunaan bahasa melayu saya yang dianggap agak "skema" ini. bukankah bagus bertutur sebegini. bukan untuk menunjukkan betapa hebatnya kita berbahasa melayu. tetapi seorang pemimpin unggul pernah berkata, jikalau kita tahu asal usul dari mana kita datang, kita akan tahu kemana arah tuju kita di masa hadapan.

iya, saya tahu, pepatah itu diulangi hanya dengan pertukaran bahasa. tetapi pepatah atau "quote" sehebat itu perlu diingati selalu. tidakkah anda setuju dengan saya?

mungkinkah kerana pekerjaan saya yang banyak melibatkan buku buku sejarah, fakta fakta sejarah dan bahasa bahasa yang berasaskan tatabahasa atau perbendeharaan kata yang teratur menjadikan saya sebegini? bukanlah saya tidak pernah membahasakan diri dengan "aku", "engkau", "gua", "lu", tetapi pada pendapat saya, pabila kita menulis, lebih elok ditulis bahasa buku.

tetapi, itu bukanlah niat atau topik yang ingin saya bicarakan di sini.

di dalam warkah saya sebelum ini, saya mengetengahkan tindakan tindakan dan keputusan yang saya capai. untuk menjadi seorang yang kurang baik.

di kala itu, seorang rakan cuba membantu, menghulurkan tangan, jika tidak tangan pun, telinga dipinjamkan tanda pendengar setia. saya akur. dia memberi kata nasihat, tetapi tahu saya akan pulang ke pangkal jalan.

di kala ini, saya tidak memerlukan sesiapa melontarkan kata kata dakwah, lebih lebih lagi mengatakan "I told you so" (kan dah cakap dah) kepada saya.

saya hanya memerlukan mereka yang percaya, saya akan bangun sendiri selepas jatuh. mungkin, mereka tunggu di sisi, memerhati keupayaan saya mengangkat tubuh yang terkulai di bahu jalan. memerhati tetapi tidak membantu. hanya akan membantu jika dipinta. tetapi, memerhati dan menunggu, supaya saya tidak keseorangan.

kepenatan yang saya lalui ini hanyalah satu fasa di dalam kehidupan.

saya masih muda, mahupun saya sebenarnya sudah meningkat tua lebih cepat daripada rakan rakan sebaya saya.

muda dengan usia, tua dengan kematangan.

berikan saya masa. mungkin yang saya perlukan, hanyalah masa.

tidak, ini bukan bebanan kerja.

ini adalah kepenatan yang saya fikirkan. secara psikologi, saya yang memenatkan diri sendiri.

dan saya sedar tentang perkara itu.

tetapi saya sedang menikmati apa yang saya putuskan minda saya untuk percaya.

bahawa saya penat.

saya hanya mahu berehat sebentar.

Labels:

Friday, February 16, 2007

yesterday. he was half the man he used to be.

Something I wrote awhile ago.


Cerita Cinta Semalam

Datangmu bak mimpi
Mimpi yang berulang ulang setiap tidurku
Senyumku diulit riang
Hatiku dibuai kasih

Kau berikan kasihmu
Kau buatkan hatiku mencinta

Tiba sinar mentari esok
Mimpiku tidak datang lagi
Kau tinggalkan jiwaku kekosongan
Kau tinggalkan buatku cerita cinta semalam

Cerita cinta denganmu semalam
Gagahkan langkahku tuk esok
Mimpi baru akan menjelma
Mencipta cerita cinta baru

Walaupun cerita cinta semalam
Kan ku puja seumur hidupku

Labels:

we both smiled. the moon. and me.

Bulan selalu tunggu saya
karena saya selalu jalan keseorangan
cakap dengan diri sendiri
tertawa kecil tanpa sesiapa di sisi

Bulan selalu tunggu saya
karena saya selalu melihat
sentiasa mendengar
sabar menanti

Malam ini
Saya akan tunggu bulan
Karena saya ingin ucapkan terima kasih
kepada bulan yang tak jemu
menunggu saya




I have been having this affair with the moon. I watch her every day and every night. From her full being, to her shy small curvy light. Its fascinating! Sometimes, its tiring to always wake up so early and leave the house at 6.30am, and not getting enough sleep. But I'm blessed to appreciate the universe, the diversity of colours showering the sky as the sun approaches, the moon waving me goodbye and telling me she'll be back to accompany me on my journey home later, the sun shines so brightly and the sky shows me that there's space, there's hope and there are places I have yet to go, and they exist.

Its a blessing for me. At least I'm connected. to the universe.

.

Labels:

Monday, January 15, 2007

perasaan atau perasan

sometimes you can feel someone is watching you.

sometimes you think they're watching you but they're not.

sometimes you can sense a presence close by.

sometimes you look around and you're all alone.

saya rasa dia baca. saya rasa dia singgah ke laman web saya.

tetapi tak semestinya apa yang saya rasa benar. kerana ini dunia digital. tiada perasaan yang dijalurkan melalui kabel kabel digital yang hanya memahami bahasa kod binari itu.

tetapi. ada satu perasaan. yang tiba tiba membuatkan kita tersenyum. tiba tiba boleh membuatkan kita terasa. dan sejenak terfikir.

adakah perasaan itu benar? adakah tanggapan saya tepat? adakah kehadiran mu ikhlas?

atau saya hanya memang perasan semata mata.

jikalau demikian. biarlah dengan pipi yang kemerahan menahan malu, saya senyum dan mengundur diri. menyisih fikiran yang menghantui ini.

.

Labels: